So tired.. because my class are street from 8.30 am - 2.30 p.m....
but I'm so happy today because i was teach my student the introduction of multimedia, multimedia application in industry, hypertext, hypermedia, multimedia element, multimedia platform like standalone , & web browser application, MSC ( multimedia super corridor) and anything information that i was learned and i was study i was inform to them.
Today also i was gives the Project assignment for my DIT 1413 & SKK 1313 class student.From My briefly and view that all my students are very excited to do their project...
I hope they can generate their mind in create some of the idea to make the "power project" Good Luck my dear!!
For my student, above is the info for u, about Virtual Reality Technology, & Teleperubatan..(Hari tu saya suruh cari kan time kelas)....
Virtual Reality Technology (Teknologi Realiti Maya)
Realiti Maya
Realiti Maya secara umumnya dikenalpasti sebagai salah satu teknologi perkakasan. Ia berdasarkan konsep ?presence? dan ?telepresence? dimana ia merujuk kepada adaptasi persekitaran yang di bangunkan secara semula jadi. Dua dimensi teknologi yang telah menyumbang kepada ?telepresence? ialah ketelitian dan interaktiviti. Sekumpulan media telah di klasifikasikan berdasarkan dimensi ini. Ia telah di prototaipkan pada kadar sederhana seperti telefon atau televisyen. Bahan baru ini merupakan suatu koleksi teknologi perkakasan termasuklah computer, paparan pada kepala, headphone dan sarung tangan sensitif persekitaran bagi tujuan reality maya. Fokus utama reality maya ialah dari aspek teknologi selain dari aspek eksperimen kerana ia merupakan gabungan teknologi dari pelbagai perkakasan. Konsep sedemikian adalah penting kerana ia berguna semasa penghasilan suatu perkakasan yang berkaitan realiti maya. Namun bagi penyelidik bagi bidang telekomunikasi, pembangun perisian, sebarang perkakasan yang berlandaskan reality maya adalah tidak boleh diterima pakai.
Terdapat 3 definisi khusus bagi realiti maya iaitu:
1. Realiti maya merupakan simulasi elektronik dari persekitaran yang dapat diperolehi melalui paparan pada 'goggles? dan pakaian yang di sambung wayar dimana ia membolehkan pengguna akhir untuk berinteraksi dengan situasi tiga dimensi secara realistic.
2. Realiti maya ialah suatu dunia alternative yang dipenuhi dengan imej yang dihasilkan oleh computer yang berinteraksi dengan pergerakkan manusia. Persekitaran simulasi ini selalunya akan dibantu oleh suatu sut data yang mahal yang mempunyai ?goggle? video stereofonik dan sarung tangan data gentian optic.
3. Ia merupakan reality tiga dimensi yang di implimentasikan dengan ?goggle? stereo dan sarung tangan realiti.
Pencetus dan pengadaptasian realiti maya
Konsep realiti maya mula membuka pandangan positif ke atas teknologi realiti maya apabila konsol permainan video arked mendapat sambutan yang hangat dalam pasaran. Morton Heilig telah menjadi pencetus kepada pengadaptasian realiti maya apabila menggunakan aplikasi realiti maya dalam konsol permainan videonya. Cetusan Konsol permainan video Morton Heilig yang menggunakan aplikasi realiti maya ialah Sensorama Simulator dimana ia dibangunkan pada tahun 1962 dan merupakan konsol pertama yang menggunakan konsep dan ciri-ciri realiti maya. Kelebihan Sensorama Simulator telah mendorong banyak pihak membangunkan teknologi realiti maya sebagaimana yang dapat dilihat sehingga kini.
Perkembangan teknologi realiti maya
Kejayaan konsol permainan video Sensorama Simulator telah membuktikan kehebatan realiti maya. Oleh yang demikian lebih banyak kajian di laksanakan terhadap realiti maya dan lebih ramai melibatkan diri dengan kemajuan bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terbabit dengan dunia perniagaan. Ini adalah kerana mereka ingin menggunakan realiti maya sebaik mungkin sebagai memantapkan lagi perniagaan mereka.
Selain Morton Heilig, Jaron Lanier berjaya mengkomersilkan teknologi realiti maya dan seterusnya membolehkan beliau kemudiannya menjadi Pengerusi VPL Inc., syarikat komersil pertama yang memperdagangkan teknologi realiti maya. Syarikat ini berjaya memasarkan sarung tangan penderiaan dinamakan "DataGlobes" dan HMD pertama dinamakan "EyePhones".
Sektor ketenteraan dan saintis barat turut giat membangunkan teknologi realiti maya untuk dimanfaatkan dalam pelbagai aplikasi simulasi dan urusan kehidupan.
Terdapat dua perkakasan penting yang dibangunkan dalam teknologi asas realiti maya adalah seperti berikut :-
Head-Mounted Display (HMD)
Ia adalah alat pertama yang akan membawa pemakainya kepada suatu pengalaman yang membolehkannya memasuki dunia maya. HMD ini telah pun dibina sejak tahun 1965 lagi dan telah diperkenalkan oleh Evans dan Sutherland. Ia mengambil masa lebih 20 tahun sebelum penyelidikan VPL memperkenalkannya sebagai HMD yang boleh diperolehi secara komersil.
Suatu HMD yang tipikal menempatkan dua screen mini dan suatu sistem optik yang menyalurkan gambar daripada cermin ke mata, dengan itu, pemakai akan melihat pandangan stereo tentang suatu dunia maya. Pemerhati atau pemakai akan dapat melihat seluruh persekitaran dan berjalan melalui persekitaran maya.
?sensitive motion goggle?
Sarung tangan khas ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran buatan dengan lebih berkesan melalui sensori dan data perlakuan pengguna. Ia mampu memanipulasikan aspek realiti pengguna yang memakainya.
Setelah melalui beberapa generasi, teknologi realiti maya semakin berkembang dan penggunaannya tidak terbatas dalam bidang hiburan sahaja. Pelbagai peranti baru dicipta untuk disesuaikan dengan pelbagai bidang lain. Berikut adalah contoh-contoh teknologi terkini realiti maya dan juga beberapa contoh aplikasi yang memanfaatkan teknologi terkini realiti maya.
BOOM
BOOM(Binocular Omni-Orientation Monitor) mempunyai cermin dan sistem optik yang ditempatkan dalam sebuah kotak yang dihubungkan kepada lengan melalui suatu wayar. Pengguna akan melihat kotak itu melalui dua buah lubang dan seterusnya melihat dunia maya. Pengguna dapat mengubah kotak tersebut kepada sebarang kedudukan untuk dikendalikan secara bebas.
CAVE (Cave Automatic Virtual Environment) dibina di Universiti Illinois di Chicago untuk mewujudkan satu ilusi dengan membina satu gambaran stereo di dinding di dalam bilik yang berbentuk kiub. Beberapa orang yang memakai kacamata stereo yang nipis dapat masuk dan berjalan secara bebas di dalam CAVE tersebut dan melihat persekitaran maya.
Perkakasan tambahan bagi realiti maya
Antara perkakasan tambahan bagi melaksanakan realiti maya ialah sarung tangan data, ?joysticks?, dan ?hand-held wands? yang membolehkan pengguna itu menerokai melalui suatu persekitaran maya dan saling bertindak dengan benda yang terdapat dalam alam maya tersebut. Bunyi persekitaran, dan daya alat memberi maklum balas, pengecaman suara dan teknologi lain sedang digunakan bagi memperkayakan pengalaman meneroka dan mencipta lebih bersifat ?sensualized?.
Sesi pembelajaran yang menggunakan persekitaran realiti maya
Penggunaan realiti maya:
? Industri
- servis menggunakan prototaip maya
- senjata maya
- kejuruteraan maya
- gambaran ruang
? simulasi latihan
- perubatan dan surgeri
- pengsimulasi penerbangan
? hiburan
- permainan
? penyelidikan
- analisis pergerakan manusia
- gambaran ruang dalam sistem mikro dsb
? penggunaan dalam rangkaian:
- pameran maya
- beli-belah maya
- warisan
Penyelidikan
Realiti maya pada awalnya mempunyai banyak masalah. Namun pelbagai peluang yang dikenalpasti beberapa tahun kebelakangan ini di dalam bidang sains, pendidikan, perubatan, dan industri telah menggalakkan kemajuan yang ketara ke arah pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan teknologi realiti maya. Di awal perkembangannya penyelidikan dan pembangunan hanya berlaku dan dilaksanakan di makmal kerajaan dan universiti. Namun dalam lima tahun yang lalu, bilangan pelaburan dalam sektor swasta dalam penggunaan aplikasi realiti maya telah bertambah, dan kini kajian teknologi itu semakin utama dilaksanakan.
Tahap perkembangan teknologi yang pesat telah menyebabkan aplikasi realiti maya bertambah maju dengan dramatiknya telah mengurangkan harga teknologi RM dan telah memperbaiki lagi mutu aplikasi. Pada masa sekarang, lebih daripada 350 buah organisasi menjalankan beratus-ratus program aktif untuk aplikasi realiti maya di bidang ini dan ianya diperolehi dari senarai yang diterbitkan oleh Realiti maya Source Book oleh Sophistech Research. Di Jepun sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 20 buah program penyelidikan yang besar di dalam realiti maya. Universiti Malaysia Sarawak turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan aplikasi realiti maya.
Perkakasan realiti maya semakin canggih setelah mengharungi beberapa fasa berkembangan teknologi
Perubatan
Realiti maya turut merangkumi dunia perubatan dengan pelbagai aplikasi yang lain seperti pembedahan maya untuk tahap gangguan pada tahap minimum. Persekitaran maya ini telah dibangunkan oleh Institut Pusat Demonstrasi-Fraunhofer. Richard Sataver, di dalam suatu petikan yang bertajuk, "Update on Virtual Reality in Health Care: The New Future for Medicine and Surgery" telah menetapkan terdapat empat aspek penekanan penting yang perlu dibangunkan untuk tujuan aplikasi realiti maya:
1) Bantuan sebelum dan semasa tatacara perubatan dan pembedahan ;
2) Pendidikan perubatan dan latihan;
3) visual pangkalan data bagi perubatan
4) pemulihan
Suatu kekurangan dalam penyelidikan ini telah dapat dikenalpasti, walau bagaimanapun terdapat lebih banyak aspek yang tidak perlu didedahkan. Dengan adanya realiti maya, ia dapat membantu bagi individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan pembelajaran dengan meminimumkan masa mereka dalam mempelajari teknik pembelajaran. Melatih pelajar perubatan di suatu dunia maya boleh meminimumkan risiko dan harga termasuk pendedahan kepada kadaver. Peluang membuat eksperimen dengan tatacara perubatan di dalam suatu dunia maya akan menawarkan pelbagai pengalaman baru serta merangsang untuk menarik lebih ramai pelajar untuk memasuki dunia perubatan.
Hospital abad ke-21 boleh dijadikan sebagai dunia sebenar pusat perubatan dengan menggabungkan alatan eletronik yang mempunyai hubungan di dalam ruang siber. Walaupun ia seperti fiksyen sains, namun pakar perubatan dan lain-lain pakar dari Universiti Iowa sudah mula membinanya. Mereka kini berada di pertengahan sebuah projek dan bercita-cita untuk membangunkan klon digital di kolej universiti sains kesihatan, perpustakaan, hospital, klinik, dan kurikulum perubatan. Arkitek "Hospital Maya" merancang membuat seluruh projek secara elektronik supaya mudah dicapai dalam bentuk suatu teks multimedia yang memiliki kandungan seperti pangkalan data, gambaran, audio, dan video. Matlamat jangka panjang mereka ialah menggunakan komputasi baru dan teknologi telekomunikasi untuk mengubah pendidikan perubatan dan penjagaan pesakit di Iowa dan dilain-lain tempat.
Hospital maya bergantung pada suatu format pangkalan data yang popular iaitu ?World Wide Web? yang mana membekalkan sebuah bahasa biasa untuk komputer bagi berkongsi maklumat multimedia. Dengan perisian betul, anda dapat melihat semua bahagian untuk Hospital Maya. Dr Jeffrey R Galvin, pengarah Hospital Maya, menyatakan bahawa prototaip ini direkabentuk untuk mempelawa capaian kepada maklumat terbaru dalam memberi perhatian kepada masalah yang perlu diambil berat seperti bidang perubatan ini.
Hospital Maya adalah sebuah contoh terutama yang menunjukkan bagaimana lebuhraya maklumat yang banyak sekali digunakan dalam pebagai sektor kini telah digunakan dalam sektor penjagaan kesihatan. Hospital Maya pada asalnya dirancang sebagai suatu cara memberi khidmat kepada warganegara Iowa dan menolong negeri tersebut dengan menghantar pakar perubatan di luar bandar. Tetapi projek itu akhirnya menjadi satu projek yang mampu memberi khidmat yang meluas dan dapat membantu membina "masyarakat perubatan yang maya". Sebahagian bantuan sebanyak $7.3 juta dari Perpustakaan Perubatan Nasional disalurkan ke makmal Iowa untuk kajian tentang teleperubatan yang terdapat di kawasan luar bandar. Hospital Maya akan membekalkan perkhidmatan pembelajaran secara on-line kepada pakar perubatan di luar bandar. Dana lain untuk projek tersebut datangnya dari Komputer Apple, Universiti Iowa, dan negeri Iowa.
Pangkalan data dalam masa yang terdekat ini akan melibatkan diagnosis algoritma, garis panduan latihan klinikal, formula farmasi, dan kuliah, catatan kursus, hubungan ke pangkalan data pesakit hospital, dan persidangan menggunakan video. Maklumat secara on-line daripada projek itu juga akan diwujudkan kepada pengguna dan kepada sistem persekolahan. Pesakit akan dapat menggunakan panduan pakar perubatan, mendapatkan bahan pendidikan kesihatan, atau memuat turunkan peta untuk mencari jalan ke pusat perubatan mereka.
Pendidikan
Realiti maya telah menjadi satu peralatan teknologi paling membangun kerana dapat melatih manusia dalam abad ke-21. Penggunaan realiti maya adalah sebagai sebuah peralatan yang terlatih untuk individu atau pelajar yang masih tidak berkeupayaan dan tiada pengalaman dalam sesuatu latihan seperti pembedahan dan sebagainya.
Penggunaan realiti maya sebagai sebuah peralatan terlatih di dalam pelbagai bidang seperti persekitaran perubatan mempunyai banyak faedah yang mana termasuk memberi pengalaman eksperimen praktikal untuk pelajar atau pelatih sebelum melakukan satu tatacara pembedahan. Persekitaran realiti maya akan membawa individu dimasukkan ke dalam suatu persekitaran yang meniru alam sebenar.
Sebagai contoh, pusat menyelidik VIRART di United Kingdom telah memajukan dan menggunakan pembelajaran berdasarkan virtual reality. Lingkungan kawasan penyelidikan dan ujian VIRART termasuk penggunaan aplikasi realiti maya dalam pendidikan oleh pelajar atau pelatih yang mempunyai kurang berpengalaman dalam pembelajaran. Peralatan pembelajaran itu digunakan oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan fizikal di dalam pendidikan yang memerlukan keperluan khas bagi menyelaraskannya sama ada di rumah ataupun di satu kawasan perindustrian. Selain itu, teknologi realiti maya turut dipraktikan dalam simulasi ketenteraan seperti latihan memandu pesawat.
Latihan penerbangan yang menggunakan simulasi realiti maya mampu memberi latihan yang berkualiti disamping mengurangkan kos dan risiko yang harus ditanggung.
Kedudukan realiti maya menjelang abad ke hadapan amatlah penting kerana segala urusan elektronik akan mengadaptasikan teknologi realiti maya untuk melicinkan serta mencekapkan pengurusan kehidupan manusia.
Pelbagai inovasi baru harus wujud untuk membolehkan teknologi realiti maya dipadukan dengan teknologi lain. Kesepaduan teknologi realiti maya dengan teknologi lain dapat tercapai dengan selesainya permasalahan teknikal realiti maya seperti berikut :-
1. menjadikan teknologi realiti maya lebih ?natural? apabila digunakan.
2. pemapar visual yang lebih praktikal
3. pengarah daya (feed force) yang lebih menonjol dan terkawal
4. memungkinkan pengaruh neural otak dalam sistem realiti maya
Setelah permasalahan di atas dapat terjawab ia dapat memungkinkan teknologi realiti maya dipadukan dengan teknologi lain.
Aplikasi realiti maya dahulu kurang mementingkan aspek natural
Kebolehan teknologi realiti maya untuk diserapkan dengan teknologi lain seperti holografi, teknologi nano, komputer DNA dan teknologi mutakhir lain menampakkan pengaruh realiti maya benar-benar signifikan dalam kehidupan manusia.
Antara inovasi yang dinamik ialah pemaduan teknologi holografi dan teknologi realiti maya yang bakal memberi impak yang lebih hebat kepada pengguna teknologi. Sejajar dengan perkembangan pengklonan manusia dan pemetaan genetik manusia, teknologi realiti maya bakal bersinergi dengan komputer DNA untuk melihat produk biologi atau klon yang bakal dihasilkan.
RUJUKAN
1. Interacting with the Virtually Recreated Peranakans
Meehae Song, Thomas Elias, Dr. Wolfgang Müller-Wittig, Dr. Tony K.Y. Chan
Centre for Advanced Media Technology
Nanyang Technological University
50 Nanyang Avenue
Singapore 639798
2. The Virtual Human as a Multimodal Interface
Daniel Thalmann
Computer Graphics Lab, EPFL
Lausanne, Switzerland
thalmann @ li9.di.epfl.ch
http://ligwww.epfl.ch
3. Comparison of Remote User Representation in a Collaborative Virtual Learning Environment
James T. Costigan, Andrew E. Johnson & Steve Jones
Electronic Visualization Laboratory, University of Illinois at Chicago
http://www.brandeis.edu/pubs/jove/HTML/V6/
4. Virtual Reality: Dimensions Determining Telepresence
Jonathan Stuer
67 Ramona Avenue San Francisco, CA 94103-2214 USA.
Electronic Visualization Laboratory, University of Illinois at Chicago